Skip to main content

Malaysia Fair 2024: Kembara Budaya Malaysia di Bumi Sakura

Ainul Radhiah
21 November 2024

TOKYO, 2-3 November - Malaysia Fair Tokyo ke-4 telah berlangsung dengan meriah di Toyosu Park dan Urban Dock LaLaport, Toyosu. Acara ini bertujuan mempromosikan budaya Malaysia, memperkenalkan produk tempatan, dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun.

Malaysia Fair kali ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik serta juadah tradisional seperti sate, nasi lemak, roti canai, dan teh tarik. Pengunjung juga berpeluang mendalami budaya Malaysia melalui aktiviti mewarna batik, bermain congkak, seni inai dan lain-lain. Selain itu, persembahan kebudayaan seperti tarian zapin, silat dan tari piring oleh Briged Seni Melaka dan pelajar Malaysia di Jepun menjadi tarikan utama, memukau pengunjung Jepun yang tertarik dengan seni dan budaya Malaysia.

Di samping itu, pameran produk Malaysia berbagai jenis yang merangkumi tekstil, kraftangan dan produk halal turut menarik perhatian orang ramai. Pameran-pameran ini membolehkan Malaysia Fair menyediakan ruang kolaboratif perniagaan dan kerjasama dalam sektor makanan halal, pelancongan dan teknologi.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) turut berkesempatan menyertai acara ini dengan menyediakan gerai menjual poskad, biskut, seni khat dan permainan tradisional seperti ceper. Gerai ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung tempatan mahupun rakyat Malaysia di Jepun.

Memetik kata-kata Duta Besar Malaysia ke Jepun, Ybhg. Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Malaysia Fair bukan sahaja berperanan untuk mempromosikan budaya Malaysia, tetapi juga memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia-Jepun yang telah lama terjalin. Manakala, saudari Insyirah, sukarelawan Malaysia Fair dari University of Tsukuba, berpendapat bahawa acara ini dapat memberikan masyarakat Jepun perspektif baharu tentang Malaysia, sekaligus meningkatkan minat mereka terhadap budaya negara kita.

Malaysia Fair Tokyo 2024 berakhir dengan jayanya, meninggalkan kenangan indah kepada pengunjung dan membuka ruang untuk lebih banyak kerjasama pada masa hadapan. Diharapkan agar Malaysia Fair dapat diteruskan pada tahun-tahun yang menjelang.

Last modified on 28 December 2024 1:41 AM

Latest Articles

13 April 2024

Majlis Berbuka Puasa & Kangeikai MSAJ Wilayah Kansai: Sinergi Kesatuan di Bumi Sakura

OSAKA, 31 Mac - Ahad lepas, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Kansai telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Kangeikai (majlis menyambut pelajar baharu) yang bertempa...
02 July 2025

Career Fair 2025 Company Registration

Countdown until Company Registration closes! 1 day left あと1日 Last 24 hours! 🚨 Company registration closes ...
08 April 2025

RYUKATSU - マレーシア学生の募集

今回はマレーシア理系留学生に合う求人をご紹介します。 ポジションがどんどん埋まってしまいますので、ご興味がありましたら、早めのエントリーがオススメです!   ーーーーーーー ①世界を支える精密機械メーカー!未来を回せるエンジニアを募集 【KEY POINT】積極的にグローバル展開している企業、マレーシア出身の社員は10年近く勤務経験あり~       外国人後輩のチューターとして...