Skip to main content

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MSAJ 2025/2026

Webmaster
03 February 2026

NAGOYA, 12 Januari — Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Majlis Makan Malam Akhir Tahun Sesi 2025/2026. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membentangkan aktiviti MSAJ bagi tahun 2025/2026 dan meraikan semua ahli aktif MSAJ. Program telah diketuai oleh ‘Awatif Marha binti Annuar Deen, Nur ‘Alyaa binti Abu Samah, Ainul Radhiah binti Yusof, dan dibantu oleh Ahmad Irfan Azfar bin Abdul Razak, Tinish Subramaniam, dan Nur Atikah binti Azali.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengacara majlis dan diikuti dengan bacaan doa. AGM telah dimulai dengan sesi pembentangan dari Majlis Eksekutif Tertinggi MSAJ 2025/2026 iaitu Muhammad Anas Bin Saidi, presiden MSAJ, diikuti dengan pembentangan dari timbalan presiden, setiausaha dan bendahari. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan ketua wilayah dari Kanto, Kansai, Sanchiku dan Hokuriku. Sesi pembentangan terakhir adalah daripada biro-biro MSAJ.

Majlis diteruskan dengan sesi makan malam. Pelbagai juadah yang disajikan antaranya nasi hujan panas, mee goreng, kek batik, dan lain-lain lagi. Acara makan malam juga dimeriahkan dengan aktiviti seperti tayangan video, bingo dan MSAJ trivia.

Antara acara kemuncak adalah sesi peletakan jawatan Majlis Eksekutif Tertinggi MSAJ 2025/2026 dan pengumuman Majlis Eksekutif Tertinggi MSAJ 2026/2027. Acara ini telah dilaksanakan oleh presiden MSAJ 2025/2026. Acara yang turut dinantikan oleh setiap ahli aktif MSAJ adalah mendengar ucapan daripada  Encik Imran bin Yussof dan Puan Yang Munirah binti Abdul Ghani, pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo selaku penasihat MSAJ. Terdapat juga pelbagai pantun yang dikongsikan disepanjang program. Tirai majlis ditutup dengan sesi pemberian sijil dan cenderamata kepada semua ahli aktif MSAJ yang telah menyumbangkan jasa dan tenaga di sepanjang sesi 2025/2026. 

Jasa kalian amatlah dihargai.

Selamat maju jaya diucapkan dan semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan.

Last modified on 03 February 2026 12:09 AM

Latest Articles

23 October 2024

Majlis Resepsi Hari Kebangsaan ke-67

TOKYO, 16 Oktober - Hubungan baik Malaysia dan Jepun berdekad lamanya telah banyak memberikan impak positif terhadap kedudukan ekonomi kedua-dua negara. Komitmen Malaysia dalam menjalinkan hubungan...
10 August 2026

Kansai Summer Gathering: Sunny Day for Kansai

TOYONAKA, 20 July – MSAJ Kansai organised its Summer Gathering on 20 July at Hattori Ryokuchi Park, Toyonaka, bringing together more than 20 participants including students and families. The gather...
02 May 2026

Nemophila in Bloom: MSAJ Kanto Celebrate Ibaraki Beraya

HITACHI SEASIDE PARK, 18th April 2026 – In celebration of the conclusion of Syawal, Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) of the Kanto region hosted a successful potluck gathering at the ...