Kiriman Ilahi di Bumi Asing
Dengan hati yang penuh gelisah dan takut,
Melangkah kaki di bumi asing,
Terasa sunyi dan hiba,
Mengenangkan diri yang keseorangan.
Namun segala kerisauan terhapus,
Dengan kehadiran insan-insan kiriman Ilahi,
Mengisi setiap detik bersama,
Mewarnai hari dengan pelbagai ragam dan ceria.
Baru sebulan bersua,
Namun mesra yang terjalin terasa lama,
Walau tiada pertalian darah,
Eratnya hubungan bagaikan keluarga.
Sungguh indah aturan Sang Pencipta,
Mempertemukan daku dengan insan-insan berharga,
Menghangatkan bumi yang pada mulanya asing,
Kini menjadi sebuah rumah di hati selamanya.
Last modified on 07 July 2026 5:04 PM
Latest Articles
05 December 2025
Senyuman di Bumi Fukui: Harmoni di Bawah Pohon Daun Senja
FUKUI, 15 November – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Hokuriku telah mengadakan program Hokuriku Autumn Pot-luck di Fukui Prefectural Green Center, Sakai, Fukui.
Prog...
16 February 2026
Building Bridges : IKIM's Visit Strengthens Malaysian Students' Connection to Home
KYOTO, 1 Feb – The invitation from Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) gave Malaysian students in Kyoto engaged with distinguished representatives from IKIM over an evening of meaningful dialo...
19 May 2024
Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF)
KYOTO, 25 April- Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF), merangkap ahli parlimen Machang dan juga mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah diadakan di Rest...