Skip to main content

Kerjasama MSAJ dan UPM melalui Program Kakehashi: Japan Cultural Exchange

Webmaster
16 November 2024

OSAKA, 29 September - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Kansai telah menerima rombongan lawatan pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Osaka. Lawatan ini bersempena dengan program Kakehashi: Japan Cultural Exchange anjuran Kelab Foodnatic UPM yang diadakan selama lebih kurang dua minggu. Program tersebut telah disertai oleh 22 orang peserta dari UPM dan 8 orang peserta dari MSAJ sebagai rakan kolaboratif.

Pada pagi hari kejadian, MSAJ berpeluang memperkenalkan latar belakang organisasi kepada pelajar UPM yang hadir. Program kemudian diteruskan dengan aktiviti santai seperti 'ice-breaking' dan bersiar-siar di sekitar bandar Osaka. Kedua-dua aktiviti telah dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang mencampurkan ahli-ahli MSAJ dengan peserta-peserta dari UPM. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menyediakan peluang untuk saling berkongsi pandangan, terutamanya tentang perbezaan budaya masyarakat Jepun dan Malaysia serta nilai-nilai baik yang wajar dicontohi dan diterapkan di Malaysia.

Pada sebelah petang, para peserta menjamah selera di restoran Zerohachi Yakiniku dan Asian Diner 585, sebelum bersurai pada jam 8 malam. Pihak MSAJ juga telah berbesar hati menerima hadiah cenderahati daripada peserta Kakehashi sebagai penutup program. Harapannya, program seperti ini dapat membuka ruang untuk lebih banyak kerjasama antara MSAJ dengan pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Diharapkan juga agar peserta Kakehashi dapat memperoleh nilai tambah serta kenangan yang manis sepanjang lawatan mereka di Jepun.

Last modified on 28 December 2024 10:55 AM

Latest Articles

24 April 2024

Pertemuan Wakil MSAJ bersama YAB Menteri Besar Perak

OSAKA, 23 April - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) menyambut baik usaha mempromosi Perak sebagai destinasi perlancongan kepada pemain industri perlancongan di Jepun. MSAJ diwa...
12 September 2024

Sesi Perkongsian Pelajar Malaysia di Jepun bersama Peserta H.I.S. Travel Discovery Project

OSAKA, 31 Mei - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) bahagian wilayah Kansai telah turut serta dalam sesi perkongsian yang diadakan oleh syarikat H.I.S. Travel Malaysia di bawah p...
02 October 2024

MSAJ Career Fair 2024: Pemangkin Pelajar Merintis Kerjaya Impian

TOKYO, 14-15 September - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan jayanya telah menganjurkan Career Fair 2024 yang berlangsung selama dua hari di The University of Tokyo. Progr...